JellyPages.com

Sunday, 24 February 2013

N.O.K.T.A.H

"dan aku tahu kau sedang bermujahadah, sabarlah. Insyaa Allah manis di pengakhirannya."

Mencari keredhaan Ilahi bukanlah mudah, dan semua itu perlukan pengorbanan. Janganlah kita takut Allah akan memungkiri janjiNya. Yakinlah dengan segala janji-janji Allah. Diciptanya manusia di muka bumi ini tidak lain dan bukan hanyalah untuk menjadi seorang hamba dan beribadat kepadaNya. Hidup ini satu amanah. Amanah yang terlalu besar untuk kita pikul sebagai seorang hamba. Namun, janganlah berputus asa. Mohonlah padaNya moga kuat berada dijalan ini.

wallahua'lamm.

Saturday, 23 February 2013

Kem Latihan Tahunan Palapes Udara IPTA 2013


Bismillahirrahmanirrahim..
 Kini 2013 membuka tirainya pula. Menjadi satu kemestian untuk setiap tahun akan di adakan "Annual Camp" bagi setiap pelajar IPTA yang meyrtai kokurikulum PALAPES di universiti masing-masing, terdiri daripada kalangan pegawai kadet senior, intermediat, junior dan pegawai muda. Namun apa yang agak istimewa buat pegawai kadet Palapes Udara IPTA disini, setiap kali latihan diadakan semua pegawai kadet daripada seluruh universiti di Malaysia akan berkumpul dan mengambil bahagian bersama-sama dalam setiap acara yang dijalankan. Ini pastinya akan menambahkan lagi kemeriahan semasa latihan ini dijalankan.

Universiti Utara Malaysia menjadi tuan rumah untuk kali ini. Bermula dari 20 January hingga 3 Februari 2013   selama 2 minggu itulah kami mencoretkan pelbagai kenangan suka duka sepanjang latihan. Kami dibahagikan dengan dua fasa iaitu fasa kem dan fasa medan. Semasa di fasa kem, antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan kawad kaki, rentas halangan, jalan lasak, menembak, bola tampar, bola jaring dan futsal.
Selain itu juga, lawatan ke Kolej Tentera Udara, latihan pandu arah untuk pegawai kadet intermediat dan junior, disamping kelas ketenteraan untuk pegawai muda dan junior. Manakala semasa fasa medan, kami dibahagikan mengikut peringkat masing-masing. Junior menjalani latihan pertahanan pangkalan hutan , intermediat pula dengan pertahanan pangkalan/kubu manakala senior pula menjalani latihan ikhtiar hidup "survival".

 Maka lengkaplah latihan sepanjang 2 minggu kami ini. Terlalu banyak yang ingin diceritakan namun cukuplah sekadar ini sebagai tanda ingatan buat sesuatu yang amat terindah buat kami. 

Alhamdulillah.. Universiti Utara Malaysia merupakan johan keseluruhan sekali lagi bagi kem tahunan kali ini. 

-AIRFORCE NEXT GENERATION-



"Gelagat mereka mewarnai sebuah pengalaman, pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan, bahkan ia bagaikan suatu didikan untuk menjadi seorang yang lebih baik."

credit by : junior firdaus

















Friday, 22 February 2013

Roomate aku tuhh.. :D

peace!! 

assalamualaikum..
saje je nak story pasai hang "Nisah" oii..
jgn nak gembira sangatla kan? haha
this is my room partner.
kami sebaya! :)
apa-apa pun, 
terima kasih untuk segalanya selama ni.
belanja makan? pinjam duit? tudung? baju?
macam-macam lah!
semoga ukhwah ni sampai bila-bila.
love u lah! :p

Thursday, 21 February 2013

0ohhhh!!!!!!




"sebagai manusia aku sayang kepada mu."



ayat di atas tu dipetik daripada novel Laksamana Sunan.
bila baca macam ye2 jelah kn? huhu
tak ada apa pun yang nak diceritakan hari ni
cuma, 
setiap manusia ni dah ada skrip hidup masing-masing yang ALLAH tulis,
itulah yang terindah, yang terbaik.
redha dengan setiap ketentuan
dan yang paling penting
SABARLAH menghadapi ujian
kerna hidup ini
"TUHAN sedang menguji kita."

wallahuaa'lam.


Sunday, 17 February 2013

..Dan permulaan itu..




MARSAH
.
.
.
15 Februari 2013
Majlis Khatam Al-Quran Diploma Tahfiz



Mabruk! 
buat insan yang bernama Jalaludin Mohammad (Al-Hafiz)
moga dikau menjadi pejuang agama ini
berjuang atas nama Tuhanmu.

Barakallah.