JellyPages.com

Sunday, 25 November 2012

..Keluarga Baru..

Assalamualaikum...
terdetik pulak kat hati ni nak menulis..
yaa!! ini yang pertama ikhlas dari hati..huhu
:)

Alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran disebuah universiti yang nun jauh di Utara.
Selatan--------------Utara 
JAUH!
Tapi kat sinilah aku belajar dengan kehidupan baru ni.
Macam-macam yang aku jumpe, baik dari manusia sampailah ke haiwan.
semuanya ada, sebab tu aku sayang u ni. :) 
Tapi mereka-mereka ni lah yang menemani aku selama aku kat sini.
merekalah KELUARGA BARU aku!
.
.
.
.
teman sekuliah, abang kakak ku ;)
.
.
.
sahabat seperjuangan.!
.
.
.

 
Intake 23. intake aku ^_^
.
.
.
teman-teman aku :)
.
.
.
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku keluarga baru ini tika aku jauh diperantauan.
(jauh lah sangat! keke)
sayang anda semua! ^_^

Monday, 5 November 2012

PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL


ETIKA



Set peraturan yang dikenali sebagai etika ini adalah falsafah moral yang memberi tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya. Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai. Daripada perkataan Latin, perkataan mores yang bermaksud moral iaitu turut melibatkan character atau perangai. Para sarjana dan ahli falsafah membahagikan ekita kepada 3 bahagian :


1. Etika Meta (meta ethics)

Meta bermaksud, "disebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar". melibatkan hal-hal ghaib seperti kuasa Tuhan dan keagamaan.

2. Etika Normatif (normative ethics)

Etika ini membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua. Teori utama yang digunakan ialah teori deontologikal dan teori teleologikal.

3. Etika Gunaan (applied ethics)

Membincangkan isi-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan dan alam sekitar.


ALIRAN-ALIRAN ETIKA



Ultilitarianisme

Utility bermaksud 'guna','berguna' atau 'kegunaan'. doktrin ini menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain. Segala keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada perlaksanaan. 

Hedonisme

Berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum. Ukuran baik buruk ditentukan oleh kenikmatan dan kelazatan. 

Eksistensialisme

Menegaskan bahawa moral hendaklah perpaksikan kebebasan. Tiga bentuk kebebasan iaitu jasmani, kehendak dan moral.


Kesimpulannya memahami etika dan hidup beretika adalah penting dalam menentukan keharmonian hidup individu dan masyarakat. Setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yang masih panjang. Oleh itu, mencari jalan yang terbaik dalam kehidupan untuk masa kini dan akan datang menjadi pilihan dalam membuat keputusan.




" kita diberi pilihan jalan kiri atau kanan, namun kadang-kadang yang ditengah-tengah itulah yang terbaik menjadi pilihan."



..perjalanan hidup yang masih jauh..