JellyPages.com

Monday, 31 December 2012

..words for a new..

"kalau diri ini sekadar persinggahan,
aku takkan sesekali meletakkan harapan,
biarkan saja dia dalam ketenangan,
Kerana itu mengajarnya erti ketaatan pada Yang Maha Esa..


Hakikat mencari bahagia,
apakah akan ada yang terluka?
Padahal bahagia itu tenang?
Ya, kalau itu pada bahagianya manusia.
Bahagia itu hakikat mencintai Yang Maha Esa.



Mengharap sebuah ketidakpastian,
Apakah yang sangat diharapkan?
Kenapa mesti takut sandarkan harapan,
Kalau dihati itu yg sgt mengharapkan?
Semoga engkau berpijak pada erti kesetiaan.
Jangan kerana sikapmu, buat org sekeliling terluka.
Apakah aku.. terluka dan melukai?.. antara keduanya.."



---suara monologku, aku-dia-kamu, 12:04am 2013---
mulakan jalan kehidupan, coretkan sebuah pengharapan pada tinggalan kenangan, semoga itu akan menjadi suatu kenyataan.. sincerely(sayyid.deen)


Tahun apakah ini???

..Dua Kosong Satu Dua..

2012
.
.
.
ada apakah dengan angka ini?? 



terasa terlalu pantas masa ini berlalu..tanpaku sedar sudah tiba ke pengakhirannya dan membuka tirai yang baru bagi tahun ini..maka sedarlah hakikat singkatnya masa kita yang tinggal untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..sudah cukupkah amalan ini??? adakah tahun ini memberi aku lebih banyak membuat kebaikan berbanding yang lepas?? atau sebaliknya.. 

12 bulan yang penuh dengan pelbagai kenangan dan ragam.
#pemergian nenda tersayang.
#Hari Raya yang menemukan aku dan dia.
#perih getir bersama sahabat-sahabat seperjuangan ku.
#121212 save the date!
#kenalan terindah buat ku.
#ujian hati.
#terlalu banyak yang mahu dicoretkan..cukuplah disini pengakhirannya.

..tika ini seperti ku sedar akulah insan yang tersungkur sendiri dijalan Mu ini..

moga tirai 2013 ini membuka lembaran baru dalam hidup kita, dan memberi segala jawapan buat teka teki selama ini...moga ianya akan menjadi lebih baik..redha Mu Tuhan ku harap sentiasa mengiringi..

ALHAMDULILLAH.


"there are some moment that sometimes won't be a memories"





Tuesday, 25 December 2012

....Dipersimpangan Jalan Itu....

Bismillahirrahmanirrahim...
sekali lagi aku hadir..
aku memang tak pandai menulis..itu bukan kelebihan aku...
tiada kata-kata berbunga..(cuma mungkin serius sikit) huhu!  :)


..tik..

..tok..

..tik..

..tok..

cepatnya masa berlalu...aku dah nak habis pun sem ni..
and FINAL EXAM!!! 
rasenya semua kawan2 aku pun merasai bahangnya tu.. 
semoga kita semua dapat membuat yang terbaik nanti :)
"bitaufiq wa najah"
waktu ni lah ALLAH bagi macam2 ujian buat kita semua...
bukan waktu ni je, tapi senang ceritanya sepanjang hidup ni lah ujian untuk kita...



"Kehadiran" itu pun merupakan satu ujian...
ujian hati buat kita...
sejauh mana kita harus menghadapinya..
imanlah yang menjadi kekuatan bagi menghadapi ujian ini..
hadirnya dia dengan ketentuan Tuhan juga..
hadapi! 
ALLAH maha mengetahui...
cinta buat pencipta itulah yang sejati..

"tika mengharap cinta sang hamba, kekadang kita terlupa yang kita masih jauh dengan pencipta..layakkah kita mengharapkan itu.."

bila kita diuji dengan pilihan..
berdoalah kepada Tuhan..
Dia sahaja yang maha mengetahui setiap ujian..

"mana yang jauh...mana yang di depan mata" 

semua tu ujian buat kita..
moga sentiasa tabah menhadapi....




"bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang pernah hadir didalam hati, namun percayalah ALLAH sentiasa memberi yang terbaik.."

wallahua'lam.

Sunday, 25 November 2012

..Keluarga Baru..

Assalamualaikum...
terdetik pulak kat hati ni nak menulis..
yaa!! ini yang pertama ikhlas dari hati..huhu
:)

Alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran disebuah universiti yang nun jauh di Utara.
Selatan--------------Utara 
JAUH!
Tapi kat sinilah aku belajar dengan kehidupan baru ni.
Macam-macam yang aku jumpe, baik dari manusia sampailah ke haiwan.
semuanya ada, sebab tu aku sayang u ni. :) 
Tapi mereka-mereka ni lah yang menemani aku selama aku kat sini.
merekalah KELUARGA BARU aku!
.
.
.
.
teman sekuliah, abang kakak ku ;)
.
.
.
sahabat seperjuangan.!
.
.
.

 
Intake 23. intake aku ^_^
.
.
.
teman-teman aku :)
.
.
.
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku keluarga baru ini tika aku jauh diperantauan.
(jauh lah sangat! keke)
sayang anda semua! ^_^

Monday, 5 November 2012

PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL


ETIKA



Set peraturan yang dikenali sebagai etika ini adalah falsafah moral yang memberi tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya. Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai. Daripada perkataan Latin, perkataan mores yang bermaksud moral iaitu turut melibatkan character atau perangai. Para sarjana dan ahli falsafah membahagikan ekita kepada 3 bahagian :


1. Etika Meta (meta ethics)

Meta bermaksud, "disebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar". melibatkan hal-hal ghaib seperti kuasa Tuhan dan keagamaan.

2. Etika Normatif (normative ethics)

Etika ini membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua. Teori utama yang digunakan ialah teori deontologikal dan teori teleologikal.

3. Etika Gunaan (applied ethics)

Membincangkan isi-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan dan alam sekitar.


ALIRAN-ALIRAN ETIKA



Ultilitarianisme

Utility bermaksud 'guna','berguna' atau 'kegunaan'. doktrin ini menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain. Segala keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada perlaksanaan. 

Hedonisme

Berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum. Ukuran baik buruk ditentukan oleh kenikmatan dan kelazatan. 

Eksistensialisme

Menegaskan bahawa moral hendaklah perpaksikan kebebasan. Tiga bentuk kebebasan iaitu jasmani, kehendak dan moral.


Kesimpulannya memahami etika dan hidup beretika adalah penting dalam menentukan keharmonian hidup individu dan masyarakat. Setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yang masih panjang. Oleh itu, mencari jalan yang terbaik dalam kehidupan untuk masa kini dan akan datang menjadi pilihan dalam membuat keputusan.




" kita diberi pilihan jalan kiri atau kanan, namun kadang-kadang yang ditengah-tengah itulah yang terbaik menjadi pilihan."



..perjalanan hidup yang masih jauh..